AM

UM Anjur Pameran Mesin Taip, Ketengah Sejarah Dan Perkembangan Teknologi Penulisan

02/10/2026 10:47 PM

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Universiti Malaya (UM) menerusi Akademi Pengajian Melayu (APM) menganjurkan Pameran Mesin Taip daripada pelbagai koleksi sebagai usaha menghayati warisan sejarah dan perkembangan teknologi penulisan serta komunikasi.

UM dalam kenyataan hari ini memaklumkan pameran yang berlangsung dari 1 Sept hingga 31 Okt di Muzium Etnografi Melayu itu menghimpunkan lebih 50 koleksi mesin taip daripada muzium, galeri, perpustakaan dan pengumpul tempatan.

Menurut kenyataan itu, pameran berkenaan mengetengahkan kepelbagaian reka bentuk, jenama dan model mesin taip selain menampilkan beberapa segmen khas, termasuk Koleksi Tokoh, Mesin Taip Pelbagai Aksara dan Warisan Mesin Taip Jawi.

“Pameran ini terbuka kepada semua pengunjung dan bertujuan memberi peluang kepada masyarakat menghayati sejarah serta sumbangan mesin taip dalam perkembangan dunia penulisan, bahasa, pentadbiran dan komunikasi,” menurut kenyataan itu.

UM memaklumkan pengunjung turut berpeluang menyertai Pertandingan Mengarang Puisi Tema Kemerdekaan menggunakan mesin taip yang disediakan khas di ruang pameran dengan tarikh akhir penyertaan ialah pada 6 Okt ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan