Bila kereta terlibat dalam kemalangan, jangan terus menghantarnya ke mana-mana bengkel. Semak dahulu sama ada bengkel tersebut merupakan panel workshop insurans yang dilantik oleh syarikat insurans atau takaful anda.
Apakah maksud panel workshop (bengkel panel)?

Bagi tuntutan kerosakan sendiri atau “Own Damage”, syarikat insurans biasanya akan mengarahkan pemegang polisi menggunakan bengkel panel atau bengkel yang diluluskan terlebih dahulu. Keperluan ini bergantung pada terma polisi dan jenis tuntutan.
Bengkel panel ialah bengkel membaiki kenderaan yang diberi kuasa oleh insurans untuk membaiki kenderaan yang diinsuranskan oleh insurans tersebut. Sebagai contoh, jika anda membeli insurans kereta komprehensif daripada Allianz dan terlibat dalam kemalangan, hubungi Allianz terlebih dahulu untuk mendapatkan arahan tentang tuntutan serta bengkel yang diluluskan.
Untuk pengetahuan anda, bengkel panel ialah bengkel yang dilantik atau diiktiraf oleh syarikat insurans dan takaful untuk mengendalikan kerja pembaikan kenderaan yang dilindungi polisi.
Sebelum ini, sebahagian bengkel pembaikan kemalangan beroperasi di bawah PIAM Authorised Repairers Scheme (PARS). Namun begitu, PIAM mengumumkan bahawa skim PARS telah tamat secara rasmi pada 31 Julai 2025. Oleh itu, senarai bengkel panel dan proses tuntutan mungkin berbeza mengikut syarikat insurans, jenis polisi serta lokasi bengkel.
Sebelum menghantar kereta untuk dibaiki, hubungi syarikat insurans atau takaful anda untuk mengesahkan bengkel panel yang masih dilantik. Anda juga boleh menyemak senarai rasmi melalui laman web syarikat insurans masing-masing.
Kenapa perlu hantar kereta ke bengkel panel?
Dalam banyak-banyak workshop, kenapa kena hantar kereta ke bengkel panel juga? Ini sebab-sebabnya:
Untuk buat claim insurans

Jika anda menghantar kereta ke bengkel yang tidak dilantik atau tidak mendapat kelulusan syarikat insurans, tuntutan anda mungkin tertangguh, tidak diluluskan sepenuhnya atau perlu melalui proses tambahan. Jangan mulakan kerja pembaikan sebelum mendapatkan arahan dan kelulusan daripada syarikat insurans.
Untuk mendapatkan servis yang lebih teratur

Bengkel panel dilantik oleh syarikat insurans atau takaful berdasarkan keperluan dan kriteria syarikat berkenaan. Proses pelantikan, kategori bengkel, skop pembaikan dan piawaian perkhidmatan boleh berbeza mengikut insurer serta jenis polisi.
Walaupun sesuatu bengkel disenaraikan sebagai bengkel panel, anda masih perlu mengesahkan statusnya dengan syarikat insurans sebelum menghantar kenderaan untuk dibaiki. Minta penjelasan tentang skop pembaikan, alat ganti, tempoh pembaikan dan jaminan kerja secara bertulis jika perlu.
Untuk mendapatkan jaminan pembaikan

Sesetengah syarikat insurans atau takaful mungkin menyediakan jaminan pembaikan untuk tempoh tertentu melalui bengkel panel. Tempoh dan syarat jaminan bergantung pada polisi, syarikat insurans serta jenis pembaikan yang dilakukan. Dapatkan pengesahan daripada syarikat insurans atau bengkel sebelum kerja pembaikan bermula.
Proses dapatkan bantuan khidmat tunda untuk dihantar ke bengkel panel
Jika anda terlibat dalam kemalangan dan memerlukan bantuan khidmat tunda untuk menghantar kereta ke bengkel panel, anda hanya perlu menelefon talian hotline syarikat insurans anda sahaja dan meminta bantuan yang diperlukan.
Prosesnya adalah mudah seperti di bawah:

Senarai panel workshop insurans kereta di Malaysia
Anda boleh menyimpan artikel ini sebagai rujukan, tetapi pastikan status bengkel disahkan semula sebelum membuat tuntutan.
Allianz

RHB

Pacific & Orient

Liberty

Lonpac

MSIG

Tokio Marine

Great Eastern

Chubb

Takaful Malaysia

Takaful Ikhlas

Zurich Takaful

Dapatkan insurans kereta di Bjak
Diharapkan perkongsian kami kali ini dapat membantu anda untuk mencari bengkel panel berdekatan anda. Ingat, sebelum hantar kereta anda untuk dibaiki di mana-mana bengkel akibat kemalangan, pastikan bengkel yang dipilih merupakan bengkel panel kepada insurans anda. Jangan lupa check tarikh tamat insurans kereta. Kalau insurans dah expired, memang tak boleh buat claim la alamatnya.
Anda boleh renew insurans kereta di Bjak iaitu antara laman perbandingan insurans terbesar di Malaysia. Dapatkan sehingga 15 sebut harga insurans untuk membuat perbandingan sebelum membeli mana-mana insurans. Tak perlu lengah lagi, layari Bjak hari ini.
Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!
Baca juga:

