Skip to main content

Hiburan

Bella Astillah Kongsi Persiapan Nikah & Sebab Pilih Tarikh 10.10 - “Saya Suka Tengok…”

Bella Astillah Kongsi Persiapan Nikah & Sebab Pilih Tarikh 10.10 - “Saya Suka Tengok…”

Sekilas

  • Bella Astillah memilih tarikh 10 Oktober 2024 untuk majlis pernikahannya dengan Syed Saddiq kerana tertarik dengan susunan angka dan kesesuaian waktu.
  • Persiapan perkahwinan mereka kini sudah mencapai 60 peratus dan berjalan lancar tanpa sebarang pertembungan cita rasa kerana Syed Saddiq sangat fleksibel.
  • Majlis pernikahan akan berlangsung di Menara Merdeka Maybank, Kuala Lumpur dan akan disiarkan secara langsung di Astro Ria, sooka dan OnDemand.
Advertisement

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah mendedahkan tarikh 10 Oktober atau 10.10 dipilih sebagai hari pernikahannya bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kerana tertarik dengan susunan angka tersebut selain bersesuaian dengan perancangan mereka.

Menurut Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, pemilihan tarikh berkenaan merupakan permintaannya sendiri kerana tidak mahu majlis berlangsung terlalu awal atau menghampiri penghujung tahun.

“Saya suka tengok susunan nombor yang cantik. Sebenarnya ia juga kerana kesesuaian waktu.

“Kami tak nak terlalu hujung tahun, tak nak terlalu awal. Jadi ia di tengah-tengah, bukan bulan 11 atau 12, jadi pilih bulan 10,” katanya ketika ditemui selepas membuat pengumuman berkenaan menerusi program MeleTOP.

Dalam masa sama, Bella memaklumkan persiapan menuju hari bahagia mereka kini sudah mencapai kira-kira 60 peratus dan tidak berdepan sebarang pertembungan cita rasa kerana Syed Saddiq  seorang yang mudah bertolak ansur dalam soal persiapan.

“Alhamdulillah, tak ada masalah pertembungan sebab YB sangat ‘simple’ dan fleksibel. Apa sahaja Bella pilih, dia setuju.

“Bella memang ada cita rasa sendiri tetapi mana yang boleh dikurangkan, Bella kurangkan. Kalau terlalu banyak dalam satu masa, takut tak jadi seperti yang diinginkan. Kita pun jaga bajet juga,” ujarnya.

Mengulas mengenai keputusan membuat pengumuman secara terbuka, Bella berkata dia mahu berkongsi kebahagiaan tersebut bersama peminat yang sentiasa memberikan sokongan selain ia turut menjadi sebahagian daripada komitmen kerja bersama Astro.

“Mungkin ada yang persoalkan kenapa perlu sampai buat pengumuman. Bella sangat hargai peminat Bella dan YB yang sentiasa ada.

“Kebahagiaan saya hari ini bukan kebahagiaan saya seorang. Bella nak kongsikan dengan semua yang sentiasa buat kami rasa senang,” katanya.

Terdahulu, Bella dan Syed Saddiq mengumumkan bakal disatukan sebagai suami isteri pada 10 Oktober depan dalam majlis yang dirancang berlangsung di Menara Merdeka Maybank, Kuala Lumpur.

Jangan lupa saksikan siaran langsung majlis nikah Bella Astillah dan Syed Saddiq secara eksklusif hanya di Astro Ria, sooka dan OnDemand. 

Advertisement


 

 

Anda mungkin berminat dengan

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

Emas Jaguar (6.86g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 50CM + Loket Love Ace (416500201+LA756)

Emas Jaguar (6.86g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 50CM + Loket Love Ace (416500201+LA756)

[7.7 Exclusive Offer] REJURAN Dual Effect Ampoule in Mask Firming & Radiance 5 Sheets | Firming, Radiance, Plumping

[7.7 Exclusive Offer] REJURAN Dual Effect Ampoule in Mask Firming & Radiance 5 Sheets | Firming, Radiance, Plumping

CROSSRUNNER Plus Size 4XL 5XL 6XL 7XL Big Round Neck Jersey Sport Training T-Shirt Unisex Microfiber Baju Jersi CRR7000

CROSSRUNNER Plus Size 4XL 5XL 6XL 7XL Big Round Neck Jersey Sport Training T-Shirt Unisex Microfiber Baju Jersi CRR7000

DEEM Lapel Pocket Shirt Loose Casual Long Sleeve Kemeja Cantik Perempuan Baju Wanita Lengan Panjang

DEEM Lapel Pocket Shirt Loose Casual Long Sleeve Kemeja Cantik Perempuan Baju Wanita Lengan Panjang

Must Watch Video

Advertisement