Skip to main content

Hiburan

“Rasa Lega, Tak Sabar Tunggu Hari Pernikahan Kami” – Syed Saddiq

“Rasa Lega, Tak Sabar Tunggu Hari Pernikahan Kami” – Syed Saddiq

Sekilas

  • Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, mengumumkan tarikh pernikahannya dengan Bella Astillah secara rasmi menerusi program MeleTOP.
  • Perancangan perkahwinan mereka diketahui keluarga dan sahabat terdekat, dengan persiapan hanya mengambil masa kira-kira 100 hari.
  • Majlis pernikahan dijadualkan berlangsung pada 10 Oktober di Menara Merdeka Maybank, Kuala Lumpur.
Advertisement

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui berasa lega selepas akhirnya mengumumkan tarikh pernikahannya bersama pelakon dan penyanyi Bella Astillah menerusi program MeleTOP, malam tadi.

Menurut Syed Saddiq, perancangan perkahwinan mereka sebenarnya bukanlah satu rahsia besar kerana sudah diketahui ahli keluarga dan sahabat terdekat sejak awal.

“Sejujurnya saya tak rasa ia satu rahsia sangat kerana perancangan ini memang kami lakukan bersama keluarga dan kawan-kawan terdekat.

“Cuma bila berita sebegini dah diluahkan, lebih mudah untuk kami kongsikan dengan sahabat-sahabat yang mungkin tak berkesempatan untuk jumpa.

“Jadi saya rasa lega dan memang tak sabar menantikan tarikh pernikahan kami berdua,” katanya.

Mengulas mengenai tempoh persiapan yang hanya mengambil masa kira-kira 100 hari, Syed Saddiq mengakui perkara tersebut pada awalnya kelihatan mustahil untuk dilaksanakan.

Bagaimanapun, dia menyifatkan Bella sebagai individu utama yang banyak menggerakkan segala urusan berkaitan majlis mereka.

“Ia nampak mustahil tetapi bila ada Bella di sisi yang menjadi ‘main mover and shaker’ dalam persiapan, perancangan dan organisasi semua ini, yang mustahil jadi munasabah.

“Tapi semuanya hanya boleh berlaku kerana Bella,” ujarnya.

Terdahulu, Syed Saddiq dan Bella mengumumkan bakal disatukan sebagai suami isteri pada 10 Oktober depan dalam majlis yang dirancang berlangsung di Menara Merdeka Maybank, Kuala Lumpur.

Anda mungkin berminat dengan

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

New Slide Sandals for Boys, Children - Adults, Buckle Slide Sandal Model - New Dlx Ceqiu Andrian

New Slide Sandals for Boys, Children - Adults, Buckle Slide Sandal Model - New Dlx Ceqiu Andrian

GILDAN Ice Silk Inner Skirt Kain Dalam Kain Sejuk Inner Dress Innerwear Iner Dalaman Muslimah Dress Inner LTK3952

GILDAN Ice Silk Inner Skirt Kain Dalam Kain Sejuk Inner Dress Innerwear Iner Dalaman Muslimah Dress Inner LTK3952

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

PERFUME VIYOUNA MINYAK WANGI SAIZ PERJALANAN 12ML | TAHAN LAMA DAN MESRA SOLAT

PERFUME VIYOUNA MINYAK WANGI SAIZ PERJALANAN 12ML | TAHAN LAMA DAN MESRA SOLAT

[S - 7XL]TSHIRT DEWASA LELAKI DAN PEREMPUAN BORONG MURAH !!!! 1.50-4.70 PALING CANTIK

[S - 7XL]TSHIRT DEWASA LELAKI DAN PEREMPUAN BORONG MURAH !!!! 1.50-4.70 PALING CANTIK

Must Watch Video

Advertisement