Jenama kasut berteraskan teknologi dan fesyen, 2AM membuat debut di Malaysia dengan pembukaan kedai standalone pertamanya di IOI City Mall baru-baru ini. 2AM memperkenalkan satu pendekatan baharu yang menggabungkan fesyen, teknologi percetakan 3D dan inovasi produk.
Teras utamanya ialah teknologi percetakan 3D, yang memberikan jenama ini lebih kebebasan untuk bereksperimen dengan bentuk, struktur dan fungsi, di samping membolehkan penggunaan bahan yang boleh dikitar semula serta mengurangkan pembaziran bahan berbanding kaedah penghasilan kasut konvensional.
2AM Mentakrif Semula Dunia Kasut
Menyasarkan pengguna secara amnya dalam lingkungan usia 22 hingga 55 tahun, jenama ini amat sesuai untuk golongan yang mementingkan fesyen dan sneaker, serta menghargai reka bentuk, inovasi dan kualiti.
Walaupun ketika ini, jenama berkenaan mempunyai pengikut yang lebih ramai dalam kalangan lelaki, namun ia menawarkan rekaan yang sesuai untuk lelaki dan wanita. Lebih daripada sekadar reka bentuk, pengguna dapat merasai keselesaan, kualiti dan pengalaman pemakaian yang berbeza daripada kebiasaan.
Pengembangan 2AM diteruskan dengan pembukaan kedai kedua di Sunway Pyramid pada 15 September, dengan lokasi seterusnya sedang dipertimbangkan termasuk Pavilion Kuala Lumpur, The Exchange TRX, Mid Valley, 1 Utama dan KLCC.
Selain pengembangan runcit, 2AM turut merancang untuk membina komuniti tempatan melalui kerjasama dengan jenama dan penggiat kreatif Malaysia, di samping meneroka aplikasi teknologi percetakan 3D pada masa hadapan, termasuk pilihan saiz, sokongan lengkungan kaki dan reka bentuk yang diperibadikan.









