Genap 10 tahun berumah tangga, Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Norashikin terima ucapan tahniah, doa kebahagiaan
GENAP sedekad melayari bahtera rumah tangga, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin menerima ucapan tahniah sempena ulang tahun perkahwinan ke-10.
Ucapan penuh takzim itu disampaikan sempena ulang tahun perkahwinan pasangan diraja berkenaan yang diraikan pada 31 Ogos 2026 menerusi laman sosial rasmi @selangorroyalofficial.
"Dengan segala hormat dan takzimnya, patik-patik sekalian merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat sempena Ulang Tahun Perkahwinan ke-10, DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin.

"Patik-patik sekalian sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan Duli-Duli Tuanku serta sentiasa berada dalam perlindungan ALLAH Subhanahu Wata’ala, bersemayam di takhta kebesaran dengan penuh kemuliaan dan kedaulatan.
"Dirgahayu Tuanku♥️," titipnya
Ulang tahun perkahwinan ke-10 Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin pada tahun ini turut berlangsung bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69.
Momen sedekad bersama tentunya menjadi satu detik bermakna buat pasangan diraja itu, selain mengundang doa rakyat jelata agar kebahagiaan serta kesejahteraan mereka terus berkekalan.
Semoga Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin sentiasa dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan kesejahteraan serta terus berada dalam naungan ALLAH SWT.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
