China memegang kelebihan 1-0 ke atas Malaysia dalam pertemuan suku akhir Piala Thomas di Horsens, Denmark.
Perseorangan lelaki pertama negara, Leong Jun Hao, cuba menggugat pemain nombor satu dunia, Shi Yu Qi, dalam pertarungan tiga set sebentar tadi.
Advertisement
Namun, selepas tercicir set kedua, Yu Qi mempamerkan ketajamannya dalam set penentuan dengan mendahului 11-0 sebelum merakam kemenangan mutlak 21-10, 16-21, 21-9.