Tutup profil pembayaran anda secara kekal

Apabila anda menutup profil pembayaran Google anda, maklumat transaksi dan pembayaran anda akan dialih keluar secara kekal. Anda tidak boleh membuka semula profil pembayaran yang telah ditutup.

Penting: Hanya perniagaan dan individu boleh menutup profil pembayaran mereka. Untuk menutup profil pedagang, hubungi pasukan sokongan kami.

Selepas anda menutup profil pembayaran anda, anda tidak boleh:

  • Membeli item daripada Google Play atau produk Google lain
  • Menggunakan Google Pay untuk membuat pembelian
  • Menghantar atau meminta wang menggunakan Google Pay atau Gmail
  • Menyimpan kad hadiah, program kesetiaan dan maklumat pembayaran
  • Menemukan sejarah transaksi anda

Selepas menutup profil tersebut, anda mestilah membuat profil pembayaran yang baharu jika anda mahu membeli produk dan perkhidmatan Google atau menerima bayaran daripada Google. Anda boleh membuat profil baharu dengan membeli item daripada Google atau dengan mendaftar untuk Perkhidmatan Google yang memberi anda bayaran.

Pertimbangkan untuk mengalih keluar kaedah pembayaran

Jika anda mahu menutup profil pembayaran anda disebabkan oleh kebimbangan tentang keselamatan salah satu kaedah pembayaran anda (seperti kad kredit), pertimbangkan untuk mengalih keluar kaedah pembayaran tersebut daripada profil anda. Dengan cara ini, anda masih boleh mengakses maklumat pembayaran, kaedah pembayaran dan sejarah transaksi anda.

Jika anda mempunyai berbilang profil pembayaran

Gunakan alat "Tutup profil pembayaran anda" untuk menutup profil anda yang digunakan baru-baru ini. Jika anda mempunyai berbilang profil pembayaran, pilih profil yang mahu ditutup dahulu dengan mengikut langkah ini:

  1. Log masuk ke profil pembayaran.
  2. Pilih profil pembayaran yang mahu ditutup.
  3. Teruskan kepada alat Tutup profil pembayaran anda.

Tutup profil pembayaran anda

Anda hanya boleh menutup profil pembayaran jika anda merupakan pengguna dengan kebenaran untuk mengedit atau pemilik profil.

Untuk menutup profil pembayaran anda, gunakan alat Tutup profil pembayaran anda.

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Apl Google
Menu utama
2437975239160071027
true
Cari di Pusat Bantuan
false
true
true
true
true
true
84680
false
false
false
false