suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Akui miliki ‘muka sombong’, Syatilla Melvin minta jangan takut tegur... Peminat puji ramah jumpa depan-depan

Peminat puji keperibadian Syatilla.

PELAKON Syatilla Melvin meminta orang ramai agar tidak mudah salah faham terhadap riak wajahnya apabila bertemu di tempat awam.

Menyifatkan dirinya memiliki raut wajah yang kelihatan seperti sombong, Syatilla atau Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 35, memberitahu dia tidak keberatan untuk menyapa orang ramai yang menegurnya.

"Nampak komen, terjumpa saya dekat Queensbay tetapi muka masam monyok.

Perkongsian Syatilla di Threads. 

"Saya memang ada masalah dengan muka, muka keras sombong minta kaki. Awak tegur saja, saya okay," katanya.

Perkongsian Syatilla di laman Threads itu mendapat pelbagai respons daripada netizen yang rata-rata tidak percaya pelakon itu seorang yang sombong.

Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman peribadi pernah berjumpa dan menyifatkan Syatilla sebagai selebriti yang mudah didekati.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak tergamak nak sebut, Syatilla Melvin pelik wujud stigma mengikut kelas... Tidak selesa guna istilah B40 

ARTIKEL BERKAITAN: Syatilla Melvin sedia ‘gotong-royong’ bela adik, dakwa Syida jadi mangsa lelaki narsisistik... “Benda ni dah lama kami simpan”

"Pernah jumpa Syatilla, okay sahaja. Awalnya takut nak tegur tetapi bila tegur, okay sahaja.

"Saya pernah jumpa Syatilla tengah makan laksa dekat Kuala Kangsar. Aku ingat dia ‘bad’ sebab panas, bila bertentang mata, dia yang sapa dengan senyuman.

"Percayalah, nampak muka Syatilla dari jauh sombong, tetapi dia antara orang yang peramah," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain