Kementerian Luar Israel memaklumkan, kira-kira 175 aktivis ditahan daripada lebih 20 bot yang terlibat dalam flotila berkenaan.
Flotila itu merupakan percubaan terbaharu aktivis pro-Palestin untuk memecah sekatan Israel ke atas Gaza, dengan penganjur menyatakan seramai 211 individu ditahan, termasuk seorang ahli majlis bandaraya Paris.
“Dengan penyelarasan bersama kerajaan Greece, individu yang dipindahkan dari bot flotila ke kapal Israel akan diturunkan di sebuah pantai di Greece dalam beberapa jam akan datang,” tulis Menteri Luar Israel, Gideon Saar, di platform X.
Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/israel-hantar-aktivis-flotila-bantuan-gaza-yang-ditahan-ke-greece
#AWANInews

🔥9👍4
Dalam satu kenyataan dimuat naik di platform X, Kementerian Luar UAE memaklumkan, larangan itu dikenakan terhadap semua warganegara negara itu.
“Berdasarkan perkembangan semasa yang berlaku di rantau ini, Kementerian Luar mengumumkan larangan perjalanan kepada warganegara Emiriah Arab Bersatu ke Republik Islam Iran, Republik Lubnan dan Republik Iraq,” menurut kenyataan itu.
Kementerian turut menggesa rakyat UAE yang ketika ini berada di negara terbabit supaya meninggalkan kawasan berkenaan dengan serta-merta dan pulang ke tanah air secepat mungkin.
Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/konflik-asia-barat-uae-umum-larangan-perjalanan-ke-iran-lubnan-dan-iraq

🔥5👍2
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kerajaan akan terus mengekalkan harga minyak pada kadar RM1.99 seliter, meskipun berdepan tekanan daripada pakar ekonomi yang menyarankan agar kenaikan harga dilaksanakan demi kestabilan fiskal.
Beliau berkata, walaupun Malaysia mengimport kira-kira 50 peratus bekalan petroleum untuk kegunaan domestik, kerajaan tetap berpendirian untuk tidak membebankan rakyat, terutamanya golongan pekerja di peringkat bawahan.
Menurutnya, langkah itu meletakkan Malaysia sebagai antara negara yang menawarkan harga bahan api terendah di dunia, setanding dengan negara pengeluar minyak utama seperti Brunei dan Rusia.
Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pm-anwar-tekad-pertahan-harga-minyak-rm199-ikrar-lindungi-golongan-bawahan

👏24👎20🔥3👍2
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif tersebut akan dimulakan dengan menyasarkan warga Malaysia yang berulang-alik bekerja ke Singapura setiap hari.
“Secara purata, satu nyawa rakyat kita hilang setiap minggu atau sekitar 54 kematian setahun direkodkan dalam kalangan pekerja rentas sempadan ini. Kita tidak boleh biarkan perkara ini tanpa pembelaan.
“Justeru, kerajaan akan meminda Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 bagi membolehkan perlindungan diperluaskan kepada rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara, bermula dengan pekerja rentas sempadan Malaysia-Singapura,” katanya.
Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-cadang-perluas-perlindungan-perkeso-pekerja-rentas-sempadan-pm-anwar

👍20👎13🔥2
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2026 di Unifi Arena, Bukit Jalil. Dikatakan seramai 15,000 warga kerja sektor awam dan swasta dari seluruh negara turut memeriahkan suasana.
Majlis tahunan yang disambut setiap 1 Mei ini menjadi platform menghargai sumbangan besar tenaga kerja negara, selain memperkukuh ekosistem kerjaya menerusi penawaran peluang pekerjaan dan pembangunan kemahiran.
📸 Astro AWANI / SHAHIR OMAR

👎17👍12❤4🔥2
Wanita berusia lingkungan 20-an itu dijumpai oleh orang awam ketika melalui kawasan berkenaan untuk pulang ke rumah kira-kira pukul 12.30 tengah malam.
Difahamkan, mangsa disangka sedang tidur atau terbabit dalam kemalangan jalan raya.
Namun orang awam melihat mangsa dalam keadaan berlumuran darah pada anggota badan dan disyaki telah meninggal dunia.
Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/wanita-berlumuran-darah-ditemui-maut-di-ketereh

🔥6❤3👍1
Presiden Persatuan Badminton China (CBA), Zhang Jun, sedang disiasat oleh pihak bertanggungjawab berikutan dakwaan pelanggaran disiplin dan undang-undang yang serius.
Menurut laporan media tempatan negara itu, pemenang pingat emas Sukan Olimpik dua kali berturut-turut tersebut sedang menjalani semakan disiplin oleh badan anti-rasuah.
Kenyataan oleh Suruhanjaya Pusat untuk Pemeriksaan Disiplin Kebangsaan tidak memberikan butiran jelas tentang mengapa bekas bintang beregu campuran itu disiasat.
Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-sukan-terkini-dunia/dakwaan-serius-badminton-china-bergoncang

🔥12❤1👍1
Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM), Datuk Dr Hasan Bahrom mengajak masyarakat untuk menyemak semula pilihan hiburan dan mengutamakan aktiviti yang lebih selamat, mendidik dan membina jiwa.
“Pendekatan yang lebih wajar ialah mengalihkan tumpuan kepada program yang memberi manfaat bersama seperti pengisian komuniti, aktiviti keluarga, program belia, seni yang beretika, sukan, kebajikan dan kebudayaan yang selaras dengan nilai akhlak dan keharmonian,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan hari ini yang dikeluarkan berkaitan penganjuran Program Rain Rave Water Music Festival 2026 yang telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat.
Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/umat-islam-diseru-jauhi-program-meragukan-dari-sudut-adab-tidak-patuh-syariah

❤16👍11🔥3👎2
Penasihat Kanan Politik Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, perkara ini didorong oleh peningkatan kos dalam rantaian bekalan termasuk logistik, baja serta input industri lain.
“Berdasarkan kajian dan analisis yang dijalankan, kesan ini akan memberi impak kepada harga makanan dan barangan harian, walaupun kenaikannya mungkin tidak begitu ketara pada peringkat awal,” katanya kepada Bernama selepas mengadakan tinjauan ke Pasar Taman Muda, di Ampang pada Jumaat.
Tengku Zafrul berkata, antara sektor yang dijangka terkesan terlebih dahulu ialah logistik, diikuti pertanian serta industri yang bergantung kepada bahan mentah seperti plastik.
Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kesan-krisis-bekalan-global-dijangka-dirasai-dalam-1-2-bulan-lagi-tengku-zafrul

🔥9❤5👎5👍2
Soal jaminan pekerjaan yang kalis krisis, peluang dan cabaran baharu AI, selain sokongan pembangunan keusahawanan belia antara tumpuan golongan belia ketika ini?
#DialogAnakMuda
#DialogAnakMuda
👍4
Do you have to quit your job to grow? Or can you build something new while staying where you are? Daniel Woodroof from Pandan Social and Afiq Nazar from Grill Haven KL share how they navigated different career paths and why you’re not stuck with just one choice.
#ItsAboutYOUth
#ItsAboutYOUth
❤3👍1
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, langkah itu amat mengecewakan kerana ia membabitkan pengurangan dana yang besar terhadap dua sektor kritikal iaitu Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Beliau berkata, cadangan itu membabitkan potongan sebanyak RM3.06 bilion bagi KKM dan RM2.39 bilion bagi KPT, sekali gus menunjukkan kerajaan seolah-olah hilang pertimbangan dalam menentukan keutamaan rakyat.
"Hanya kira-kira enam bulan lepas, Bajet 2026 menetapkan peruntukan sebanyak RM46.5 bilion kepada KKM dan RM18.6 bilion untuk KPT.
Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-politik/pn-selar-cadangan-potong-bajet-kkm-kpt

👍11👎7🔥4
Perkhidmatan kaunseling tidak seharusnya berdepan persepsi skeptikal dalam kalangan masyarakat, yang menganggap kaunseling sebagai tanda kelemahan emosi atau petanda seseorang itu “jauh daripada Tuhan”.
Pengurus Unit Kaunseling Tabung Haji, Azlina Abdul Hamid bagaimanapun menegaskan bahawa tanggapan tersebut perlu diperbetulkan kerana kaunseling di Mekah bukan bertujuan menggantikan ibadah atau bimbingan agama, sebaliknya membantu jemaah mengurus emosi agar mampu menunaikan ibadah dengan baik.
“Di sini, kami bukan datang untuk menghakimi. Kami hanya mahu membantu jemaah mengurus hubungan, emosi dan diri supaya mereka boleh kembali fokus kepada ibadah haji,” katanya ketika ditemu bual di Mekah.
Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/haji-1447h2026m-kaunseling-bukan-tanda-lemah-tapi-ikhtiar-menjaga-ibadah
#LaporanHaji2026
#KhabarHaji2026

❤7🔥2
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, tindakan pasukan rejim Zionis menyerang flotila kemanusiaan di perairan antarabangsa pada semalam adalah tidak menghormati prinsip kemanusiaan.
“Kebanyakan mereka ditahan di perairan antarabangsa, ini kerja gila dan tidak menghormati langsung prinsip (kemanusiaan),” katanya.
Pada masa sama beliau turut mengesahkan telah berhubung dengan Kementerian Luar Negeri dan pemimpin Negara-Negara Teluk untuk mencari jalan membebaskan para aktivis yang ditahan oleh IOF.
Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/gsf-20-ini-kerja-gila-pm-anwar-ulas-tindakan-israel-culik-aktivis

👍23👎8🔥5
Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, sekatan dan ketidaktentuan keselamatan di laluan air strategik itu telah melumpuhkan pasaran tenaga dunia, selain memberi kesan langsung terhadap sektor pengangkutan, pembuatan, rantaian bekalan serta keselamatan makanan global.
“Kesan krisis Asia Barat ini menjadi semakin buruk pada setiap jam. Kini adalah masa untuk dialog dan mencari penyelesaian bagi menarik kita keluar daripada ambang kemusnahan,” kata Guterres menerusi hantaran di platform X pada Khamis.
Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/pbb-beri-amaran-risiko-kemelesetan-dunia-akibat-krisis-selat-hormuz

🔥7👏2❤1
Status kesemua 175 aktivis kemanusiaan termasuk 10 rakyat Malaysia yang ditahan oleh rejim Israel dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 masih belum diterima secara rasmi selepas 38 jam penahanan mereka.
Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby, berkata setakat ini pihaknya sedang meneliti maklumat awal bahawa semua aktivis berkenaan dijangka dibebaskan pada pukul 7 pagi waktu Greece (12 tengah hari waktu Malaysia) dan dibawa ke Pelabuhan Lerapetra, Greece.
#AWANInews
Baca lanjut di : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/terkini-gsf-20-175-aktivis-termasuk-10-rakyat-malaysia-dijangka-dibebas-status-rasmi-masih-ditunggu

❤9👎4🔥4