Astro AWANI
73.7K subscribers
59.2K photos
1.63K videos
58 files
181K links
Channel telegram rasmi Astro AWANI...


Ikuti kami di grid.astroawani.com
Download Telegram
Do you have to quit your job to grow? Or can you build something new while staying where you are? Daniel Woodroof from Pandan Social and Afiq Nazar from Grill Haven KL share how they navigated different career paths and why you’re not stuck with just one choice.

#ItsAboutYOUth
3👍1
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, langkah itu amat mengecewakan kerana ia membabitkan pengurangan dana yang besar terhadap dua sektor kritikal iaitu Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Beliau berkata, cadangan itu membabitkan potongan sebanyak RM3.06 bilion bagi KKM dan RM2.39 bilion bagi KPT, sekali gus menunjukkan kerajaan seolah-olah hilang pertimbangan dalam menentukan keutamaan rakyat.

"Hanya kira-kira enam bulan lepas, Bajet 2026 menetapkan peruntukan sebanyak RM46.5 bilion kepada KKM dan RM18.6 bilion untuk KPT.

Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-politik/pn-selar-cadangan-potong-bajet-kkm-kpt
#AWANInews
👍11👎7🔥4
Perkhidmatan kaunseling tidak seharusnya berdepan persepsi skeptikal dalam kalangan masyarakat, yang menganggap kaunseling sebagai tanda kelemahan emosi atau petanda seseorang itu “jauh daripada Tuhan”.

Pengurus Unit Kaunseling Tabung Haji, Azlina Abdul Hamid bagaimanapun menegaskan bahawa tanggapan tersebut perlu diperbetulkan kerana kaunseling di Mekah bukan bertujuan menggantikan ibadah atau bimbingan agama, sebaliknya membantu jemaah mengurus emosi agar mampu menunaikan ibadah dengan baik.

“Di sini, kami bukan datang untuk menghakimi. Kami hanya mahu membantu jemaah mengurus hubungan, emosi dan diri supaya mereka boleh kembali fokus kepada ibadah haji,” katanya ketika ditemu bual di Mekah.

Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/haji-1447h2026m-kaunseling-bukan-tanda-lemah-tapi-ikhtiar-menjaga-ibadah

#LaporanHaji2026
#KhabarHaji2026
#AWANInews
7🔥2
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, tindakan pasukan rejim Zionis menyerang flotila kemanusiaan di perairan antarabangsa pada semalam adalah tidak menghormati prinsip kemanusiaan.

“Kebanyakan mereka ditahan di perairan antarabangsa, ini kerja gila dan tidak menghormati langsung prinsip (kemanusiaan),” katanya.

Pada masa sama beliau turut mengesahkan telah berhubung dengan Kementerian Luar Negeri dan pemimpin Negara-Negara Teluk untuk mencari jalan membebaskan para aktivis yang ditahan oleh IOF.

Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/gsf-20-ini-kerja-gila-pm-anwar-ulas-tindakan-israel-culik-aktivis
#AWANInews
👍23👎8🔥5
Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, sekatan dan ketidaktentuan keselamatan di laluan air strategik itu telah melumpuhkan pasaran tenaga dunia, selain memberi kesan langsung terhadap sektor pengangkutan, pembuatan, rantaian bekalan serta keselamatan makanan global.

“Kesan krisis Asia Barat ini menjadi semakin buruk pada setiap jam. Kini adalah masa untuk dialog dan mencari penyelesaian bagi menarik kita keluar daripada ambang kemusnahan,” kata Guterres menerusi hantaran di platform X pada Khamis.

Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/pbb-beri-amaran-risiko-kemelesetan-dunia-akibat-krisis-selat-hormuz
#AWANInews
🔥7👏21
Status kesemua 175 aktivis kemanusiaan termasuk 10 rakyat Malaysia yang ditahan oleh rejim Israel dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 masih belum diterima secara rasmi selepas 38 jam penahanan mereka.

Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby, berkata setakat ini pihaknya sedang meneliti maklumat awal bahawa semua aktivis berkenaan dijangka dibebaskan pada pukul 7 pagi waktu Greece (12 tengah hari waktu Malaysia) dan dibawa ke Pelabuhan Lerapetra, Greece.

#AWANInews
Baca lanjut di : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/terkini-gsf-20-175-aktivis-termasuk-10-rakyat-malaysia-dijangka-dibebas-status-rasmi-masih-ditunggu
9👎4🔥4
Ahli Parlimen Kota Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata rakaman tersebut memaparkan sesi interaksi santai antaranya dan para pelajar dalam Majlis Menyantuni Bakal Jemaah Haji 2026 serta Majlis Inspirasi Cemerlang SPM 2025 peringkat Parlimen Kota Tinggi, Dewan Undangan Negeri Sedili.

Katanya, interaksi tersebut telah disalah tafsir oleh sesetengah pihak sehingga mencetuskan pelbagai reaksi negatif termasuk kecaman terhadap pelajar terbabit.

"Tindak balas pelajar itu wajar dilihat sebagai reaksi spontan yang mungkin dipengaruhi perasaan gemuruh apabila berhadapan dengan Ahli Parlimen serta di khalayak ramai,” katanya dalam satu kenyataan.

Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/khaled-nordin-minta-hentikan-kecaman-terhadap-pelajar-susulan-video-tular
#AWANInews
👏63👍1👎1
Penahanan 175 aktivis misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 dilihat sebagai pengulangan pola tindakan oleh Israel, namun kali ini rejim itu dalam keadaan yang lebih terdesak.

Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata berdasarkan andaian pihaknya, tindakan tersebut bertujuan menghalang pertemuan atau penggabungan kumpulan aktivis yang berada di Turkiye.

#AWANInews
Baca lanjut di : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/gsf-20-penahanan-aktivis-tunjuk-israel-lebih-terdesak-kali-ini-sncc
👎6🔥6
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Setiap Jemaah Haji Malaysia mahukan Haji Mabrur, tetapi perubahan geografi, iklim dan cara hidup pasti memberi kesan kepada fokus ibadah mereka.

Inilah sebabnya Tabung Haji memanfaatkan ilmu psikologi sebagai sokongan sains di sebalik perjalanan rohani setiap jemaah ke arah Haji Mabrur.

#LaporanHaji2026
#KhabarHaji2026
👍3👏1
Astro Audio terus mencipta impak dalam industri penyiaran radio apabila berjaya meraih Anugerah Emas di Marketing Interactive PR Awards 2026 di Singapura baru-baru ini, sekali gus membuktikan bahawa kandungan audio mampu menjadi medium berpengaruh dalam menyatukan masyarakat.

Kejayaan ini diraih menerusi kempen Kelas Perpaduan ERA, yang diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Best Use of Social Media for Crisis Communications.

#AWANInews
Baca lanjut di : https://www.astroawani.com/hiburan/astro-audio-raih-anugerah-emas-di-marketing-interactive-pr-awards-2026-menerusi-kempen-kelas
🔥3👍2👎1👏1
Seorang penjaga zoo di Hokkaido ditahan polis selepas mengaku membunuh isterinya dan membakar mayat mangsa di dalam relau pembakaran bangkai haiwan di tempat kerjanya, dalam usaha melupuskan bukti.

Suspek, Tatsuya Suzuki, 33, ditahan pada Khamis susulan penemuan serpihan mayat manusia di dalam krematorium haiwan milik Zoo Asahiyama.

#AWANInews
Baca lanjut di : https://www.astroawani.com/berita-dunia/penjaga-zoo-jepun-mengaku-bunuh-isteri-bakar-mayat-dalam-relau-haiwan
🔥91
Kemelut politik di Negeri Sembilan yang masih belum berpenghujung berpotensi diredakan sekiranya Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, tampil dengan pendirian yang lebih tegas.

Pensyarah Sains Politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Syaza Farhana Mohamad Shukri, berpandangan bahawa Mohamad, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau, perlu mengimbangi kesetiaan terhadap Kerajaan Perpaduan dengan keperluan menyatakan pendirian berhubung kemelut politik di peringkat negeri.

#AWANInews
Baca lanjut di : https://www.astroawani.com/berita-politik/kemelut-dun-negeri-sembilan-pendirian-tegas-tok-mat-mampu-redakan-krisis-penganalisis
👎6🔥52👏1