4 maut kemalangan 11 kenderaan di Temerloh

KEADAAN kenderaan terlibat kemalangan membabitkan 11 kenderaan di Kilometer 110.4, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1, berhampiran susur keluar Plaza Tol Temerloh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Empat individu termasuk tiga sekeluarga maut dalam kemalangan membabitkan 11 kenderaan di Kilometer 110.4, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1, berhampiran susur keluar Plaza Tol Temerloh di sini semalam.

Kemalangan pukul 10 malam itu membabitkan empat kereta, tiga kenderaan utiliti sukan (SUV), satu masing-masing kenderaan pelbagai guna (MPV) dan pikap, sebuah lori tangki dan bas.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd. Salahuddin Isa berkata, nahas tersebut menyebabkan dua pemandu dan dua penumpang dua kenderaan terbunuh.

“Semua mangsa terbunuh dalam kemalangan itu tersepit dalam kenderaan dinaiki mereka dan bomba mengambil masa lebih sejam untuk mengeluarkan mereka.

“Dua lagi mangsa membabitkan pemandu lori tangki dan seorang lelaki menaiki sebuah SUV parah serta semua 30 penumpang bas ekspres terbabit dalam kemalangan itu terselamat.

“Nahas berlaku ketika semua kenderaan dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur Ke Kuantan dan polis masih menyiasat punca kemalangan itu,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Salahuddin berkata, semua mayat terbunuh dalam nahas itu dihantar ke Hospital Sultan Ahmad Shah, di sini untuk bedah siasat dan identiti mangsa belum diperoleh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN