Tumpuan :
Nasional

Trak FRU bertembung lori muatan batu, lapan anggota disahkan maut

FOTO: JBPM Perak

Oleh: Kumaran Rajamoney

TELUK INTAN: Lapan daripada 15 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) disahkan maut selepas trak dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori membawa muatan batu di Jalan Chikus – Sungai Lampam, di sini pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon mengesahkan jumlah korban dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 8.30 pagi itu, manakala operasi menyelamat masih diteruskan.

FOTO: JBPM Perak

“Setakat ini, saya boleh sahkan lapan maut, dan operasi menyelamat sedang berjalan.

“Beberapa mangsa yang berjaya dikeluarkan telah dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan,” katanya.

Menurut Pusat Gerakan Operasi JBPM Perak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.54 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan digerakkan ke lokasi.

FOTO: JBPM Perak

Kemalangan dipercayai berlaku apabila trak FRU yang membawa 15 anggota, termasuk pemandu, bertembung dengan lori muatan batu, menyebabkan sebahagian besar mangsa tersepit.

Setakat ini, identiti mangsa belum didedahkan, dan pihak berkuasa masih menjalankan siasatan serta usaha mengenal pasti punca kejadian.

Berita lanjut akan menyusul.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini