4 maut kereta langgar lori di Sabah

4 maut kereta langgar lori di Sabah

Perodua Viva yang dinaiki empat mangsa terbabas lalu melanggar sebuah lori lima tan yang diletakkan di bahu jalan.

kemalangan Jalan Sepanggar
Keadaan di lokasi nahas di Taman Jaya Diri, Jalan Sepanggar awal pagi ini.
PETALING JAYA:
Empat lelaki maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan melanggar sebuah lori lima tan yang diletakkan di bahu jalan di Taman Jaya Diri, Jalan Sepanggar, awal pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah memaklumkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu bersama bantuan BBP Lintas bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan 2.37 pagi tadi.

“Pasukan bomba tiba di lokasi kejadian dan mendapati kemalangan melibatkan Perodua Viva yang terbabas sendiri lalu melanggar sebuah lori lima tan yang diletakkan di bahu jalan.

“Terdapat empat mangsa dilaporkan tersepit dalam kenderaan. Pasukan bomba bertindak mengeluarkan semua mangsa menggunakan peralatan khas,” katanya menurut Bernama.

Menurutnya, operasi mengeluarkan mangsa selesai pada 3.50 pagi dan semuanya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.