Kuala Lumpur: Bapa kepada penyanyi, Ziana Zain, Zin Abdullah menghembuskan nafas terakhirnya jam 3.32 petang tadi.
Menurut sumber terdekat, Allahyarham Zin, 87, meninggal dunia di kediamannya di Kayangan Heights, Shah Alam.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Elmina sebelum Maghrib.
Harian Metro cuba menghubungi keluarga arwah untuk mendapatkan maklumat terperinci, namun belum menerima sebarang maklum balas.
Arwah yang juga pesara polis adalah orang penting dalam kerjaya seni adik beradik penyanyi, Ziana dan Anuar Zain.
Dia juga pernah terbabit dalam kugiran muzik pasukan beruniform.
Disiarkan pada: August 26, 2025 @ 6:27pm