Penduduk Orang Asli di Pos Simpor hadir untuk melihat pameran jenis dadah oleh pihak AADK baru-baru ini. Foto oleh AIMUNI TUAN LAH

Orang Asli jadi mata, telinga AADK bendung dadah di pedalaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Seramai 195 masyarakat Orang Asli berperanan sebagai mata dan telinga Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam membantu membendung kegiatan penyalahgunaan dadah di penempatan pedalaman sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri sepanjang tahun lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani berkata, jumlah itu direkodkan hasil pendaftaran Skuad Antidadah Sukarelawan Orang Asli tahun lalu.

Katanya, seramai 50 orang lagi menyertai skuad berkenaan tahun ini membabitkan penduduk di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Pasik dan Kampung Kuala Wok.

“Penglibatan masyarakat setempat amat penting kerana mereka lebih mengetahui perkembangan serta keadaan di penempatan masing-masing.

“Usaha berkenaan merupakan sebahagian daripada pendekatan kami bersama AADK untuk mendekati masyarakat Orang Asli khususnya golongan belia bagi meningkatkan kesedaran mengenai bahaya penyalahgunaan dadah,” katanya ketika ditemui di Kuala Wok di sini.

Mohd. Azmawi memberitahu, walaupun terpaksa meredah hutan belantara dan melalui laluan yang sukar, agensi kerajaan tetap turun padang kerana tidak mahu masyarakat Orang Asli di pedalaman tercicir daripada menerima maklumat serta perkhidmatan kerajaan.

Katanya, penerimaan Orang Asli sangat positif, malah ada yang tampil menyertai skuad sukarelawan untuk membantu menjadi mata dan telinga AADK di kawasan masing-masing. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di