Tangkap layar video dashcam dua kenderaan menahan kenderaan lain bagi memberi laluan kepada kumpulan kereta sport, dalam kejadian di Iskandar Puteri, semalam.

[VIDEO] ‘Mentang-mentang pakai kereta sport’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Orang ramai mengecam tindakan dua pemandu termasuk ‘safety car’ atau kereta keselamatan yang didakwa menahan lalu lintas bagi memberi laluan kepada kumpulan kereta sport untuk melalui jalan sesak, dalam kejadian di sebuah bulatan di Iskandar Puteri, Johor semalam.

Menerusi rakaman video dashcam atau kamera papan pemuka dikongsikan pengguna Threads @Afiqah Borhan, memperlihatkan dua pemandu kereta menahan kenderaan dari laluan lain bagi membolehkan kumpulan kereta sport melalui jalan tersebut.

Berdasarkan rakaman video itu, waktu kejadian adalah semalam sekitar pukul 6.16 petang.

“Boleh ya macam ni? Menghalang laluan orang nak balik kerja, mentang pakai kereta sport. Nak marah, tapi hari Jumaat,” menurut kapsyen tersebut.

Ia mendapat pelbagai maklum balas kecaman daripada orang ramai berhubung perbuatan kumpulan pemilik kereta tersebut.

“Safety car ni sah dalam litar je. Ambil nombor plat tu buat laporan,” komen pengguna Threads @Sayor Kobeh.

“Wow, ada undang-undang trafik baharu ke ni? Saya yang peguam kes kemalangan ni pun tak tahu,” komen @Mak Guam.

“Mana boleh gini, yang boleh polis je. Konvoi macam ni kena ada polis iring dan kena buat permohonan,” kata @Zrhjkt. – KOSMO!

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di