SPENCE kembali ke kancah Serie A selepas melengkapkan perpindahan ke Inter selepas memiliki pengalaman bersama Genoa. - AFP

Spence teruja kembali ke Serie A

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MILAN – Pertahanan antarabangsa England, Djed Spence mengakui teruja dapat kembali ke kancah Serie A selepas melengkapkan perpindahan ke Inter Milan daripada Tottenham Hotspur dengan nilai mencecah €35 juta (RM165.4 juta).

Spence mengakui reputasi Inter yang dianggap antara kelab terbesar di dunia menjadi tarikan utama untuk pulang ke Itali selepas pernah bermain dengan kelab Genoa sebelum ini..

“Saya sangat gembira berada di sini dan tidak sabar untuk memulakannya kerana Inter satu kelab yang besar dengan perpindahan ini menjadi satu anjakan buat karier saya.

“Secara jujur, saya memang tertarik dengan sejarah kelab ini. Anda hanya perlu melihat semua trofi yang dimenangi oleh mereka selain legenda yang pernah menyarung jersi pasukan.

“Saya pernah beraksi di San Siro ketika bersama Genoa dan ia adalah pengalaman yang sukar dilupakan. Saya harap dapat memberi sumbangan buat pasukan pada musim baharu kali ini,” katanya.

Kehadiran Spence dijangka mengisi kekosongan bek kanan yang ditinggalkan Denzel Dumfries selepas berpindah ke Real Madrid, selain memberikan lebih banyak pilihan kepada Inter kerana turut mampu beraksi di posisi pertahanan kiri.

“Kebolehan bertahan adalah kekuatan terbesar saya, selain kemampuan membawa bola. Saya mahu menambah lebih banyak gol dan bantuan gol dalam permainan saya,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN