Kawasan hutan yang diceroboh dan ditanam pokok durian di Sungai Perdak di Bentong

Ceroboh tanah tanam sawit, perguna Orang Asli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISU pencerobohan tanah berhampiran Kampung Cot di Maran, Pahang melibatkan pertikaian dengan segelintir Orang Asli menjadi antara isu tular dalam media sosial baru-baru ini.

Pelbagai tanggapan dan persepsi digambarkan pelbagai pihak dalam isu tersebut.

Namun, di sebalik isu itu, membongkar salah satu kes penerokaan tanah secara haram yang masih dan terus berlaku di negeri ini.

Hakikatnya kes seperti itu bukan perkara baharu kerana banyak tanah kerajaan dibuka dan ditanam sawit tanpa mendapat kebenaran kerajaan.

Di sesetengah tempat terdapat ‘broker’ tanah dikatakan mengaut keuntungan dengan menjual tanah-tanah kerajaan, malah proses jual beli tanah kerajaan biasanya ditanam sawit bagaikan menjadi suatu biasa dilakukan.

Mungkin menggunakan Orang Asli, mereka boleh menjadikan alasan ia tanah adat tetapi selain Orang Asli ramai lagi berani membuka tanah kerajaan.

Lebih malang lagi ada juga kes terdapat pihak dikatakan mengambil kesempatan mengaut keuntungan mengggunakan nama Orang Asli.

Mereka dikatakan mengeluarkan modal dan mempergunakan Orang Asli untuk membuka tanah-tanah ini sewenang-wenangnya.

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sendiri menyentuh isu ini apabila baginda bertitah, penerokaan dilakukan besar-besaran didalangi tauke-tauke yang turut menggunakan wanita dan kanak-kanak sebagai medium untuk mempertahankan pencerobohan mereka.

Sehubungan itu, baginda dengan tegas bertitah agar pihak berkuasa berkaitan dapat bertindak pantas agar isu seperti ini tidak berulang.

Baginda juga mahu mana-mana pihak tidak sewenang-wenangnya menggunakan istilah tanah adat seolah-olah setiap kawasan pernah diduduki, dimasuki atau digunakan, secara automatik menjadi hak mereka.

Titah baginda, di Semenanjung khususnya di Pahang Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) tidak memperuntukan suatu kategori tanah dinamakan tanah adat.

Sebaliknya titah baginda, istilah yang diperuntukkan secara khusus di bawah akta 134 ialah ‘kawasan Orang Asli’ di bawah Seksyen 7 yang boleh diisytiharkan oleh pihak berkuasa negeri melalui pemberitahuan dalam warta.

Isu pencerobohan tanah kerajaan yang terus berlaku ini akhirnya mendapat reaksi daripada Sultan Pahang sendiri yang tidak mahu perkara ini dibiarkan berterusan.

Tindakan menggunakan Orang Asli dalam menghalalkan pencerobohan ini juga harus dihentikan kerana ia jelas mempergunakan etnik tersebut demi kepentingan pihak tertentu.

Pencerobohan tanah itu juga dilihat merugikan kerajaan negeri yang sepatutnya boleh mendapat keuntungan untuk dikongsi bersama rakyat, selain turut merosakkan alam sekitar.

Kepada pihak berkuasa terbabit diharap tidak memandang sepi titah baginda dan segera melakukan penguatkuasaan terhadap pencerobohan tanah.

Jangan sampai berlaku sesuatu isu baru hendak mengambil tindakan seolah-olah pencerobohan tidak pernah diketahui sebelum ini.

Tindakan tegas juga perlu dikenakan kepada tauke-tauke yang menjadi dalang dan siasatan perlu dibuat terhadap pihak berkaitan seolah-olah tidak tahu berlakunya pencerobohan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di