KETIKA media sosial dilambakkan dengan babak lucu lakonan Azhan Rani sebagai Jamali dalam drama Bulan Henti Bicara, terselit pula sebuah kisah air mata.
Semuanya disebabkan video tular memaparkan Azhan yang semua tahu dia kini menjaga ibunya yang sedang sudah uzur.
Dalam video tular, Azhan dilihat ketika hadir ke sebuah acara membawa bersama ibu tercinta. Dijaga dari hujung rambut ke hujung kaki dan disuapkan makan, mungkin bagi segelintir individu, layanan sebegitu nampak seperti hal biasa tetapi untuk orang lain, boleh buat air mata mengalir tanpa sedar.
Berbakul-bakul pujian yang diberikan kepada Azhan yang tak pernah lelah menjaga ibunya yang sudah tidak larat berjalan. Ada yang berpendapat mungkin Tuhan tidak lagi mengurniakan jodoh buatnya kerana mahu memberi peluang kepada Azhan berbakti untuk ibu tersayang.
“Terbaik, Azhan memang lelaki kiriman Tuhan bukan Jamali. Lelaki yang jaga mak memang ‘green flag’. Semoga Tuhan beri rezeki jodoh pula,” kata netizen.
Diva yang tengok video itu pun rasa sebak sebab bukan semua mampu menjaga orang tua dengan penuh kesabaran, memang tabik ‘spring’!
DIVA: Tak sabar nak tengok lakonan Reza Rehadian dan Eman dalam satu ‘frame’ menerusi filem baharu Erma Fatima. Dahsyatlah!














