Ahmad Zahid ketika ditemui selepas merasmikan Konvensyen Belia Desa 2026 di Shah Alam. Foto SADDAM YUSOFF/ KOSMO! 

Lapan kawasan Sarawak terlibat pembenihan awan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Operasi pembenihan awan akan dilakukan di tiga buah negeri dalam usaha menangani masalah jerebu dan krisis air secara berperingkat bermula 3 hingga 5 September ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, lapan kawasan di Sarawak adalah Empangan Batang Ai, Bakun, Murum, Bengoh, Gerugu, Assyakirin, Sika, dan Matang.

Katanya, tahap jerebu di sesetengah kawasan di negeri itu mencecah paras bahaya dengan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) sehingga 500.

“Apa yang dilakukan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bersama Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) adalah dengan melakukan pembenihan awam secepat mungkin.

“Kita akan minta MetMalaysia untuk memberikan nasihat di kawasan terutamanya yang berada pada tahap berbahaya agar luruan angin akan menuju ke tempat yang lokasinya (IPU) sangat bahaya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Belia Desa 2026 di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata, koordinasi antara agensi berkaitan sedang dipercepatkan bagi membantu Sarawak yang terjejas ekoran jerebu rentas sempadan.

“Sarawak wajib dibantu, kebakaran di Kalimantan merebak terlalu luas sehingga menjejaskan kira-kira tiga perempat wilayah Sarawak. Kita mesti membantu,” katanya.

Tambahnya, kerjasama turut dilakukan bersama kerajaan negeri Sarawak melalui Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas untuk melakukan pemantauan di seluruh negeri itu.

Operasi pembenihan awan turut dilaksanakan di Empangan Pedu, Muda, Ahning dan Beris di Kedah selain Empangan Timah Tasoh, Perlis bagi menangani isu air. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN