ADA peminat sanggup mengeluarkan belanja menyewa telefon bagi mendapatkan video konsert berkualiti tinggi. -Gambar kiri: 'Close up' bunga lebih jelas menggunakan telefon berprestasi tinggi.

‘Tiket konsert sudah mahal, telefon kita sewa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Dah beli tiket konsert mahal-mahal, mestilah nak rakam kenangan seba­nyak mungkin.”

Itu antara alasan seorang pe­minat konsert sanggup menyewa telefon pintar berprestasi tinggi bagi merakam persembahan artis kegemarannya walaupun sudah memiliki telefon sendiri.

Seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Lisa, 40, berkata, dia pertama kali menggunakan perkhidmatan sewaan telefon ketika menghadiri konsert kumpulan K-pop Seventeen di Bangkok, Thailand pada 2023.

Menurutnya, ketika itu per­khidmatan sewaan telefon masih belum begitu meluas berbanding sekarang, namun dia mengambil keputusan menyewa Samsung Galaxy S23 Ultra selepas membaca ulasan positif mengenai penyedia perkhidmatan tersebut.

“Saya ketika itu menggunakan iPhone 13, jadi saya mahukan kualiti rakaman yang lebih baik terutama untuk fancam.

“Saya baca ulasan pelanggan dahulu dan yakin sebab pemilik perkhidmatan itu bukan penipu. Kami kemudian berjumpa di Kuala Lumpur untuk urusan pengambilan telefon,” katanya.

Menurut Lisa, dia menyewa telefon tersebut selama dua hari dengan bayaran RM150 selain deposit RM100 yang dipulangkan selepas telefon dikembalikan.

Lisa berkata, antara faktor utama dia memilih untuk menyewa telefon ialah bagi mendapatkan rakaman yang lebih jelas tanpa perlu membeli telefon pintar baharu yang mencecah ribuan ringgit.

“Dulu memang belum banyak perkhidmatan seperti ini. Sekarang semakin ramai yang menawarkannya sebab permintaan pun semakin tinggi.

“Kalau tak mampu beli telefon spesifikasi tinggi, lebih baik sewa sahaja mengikut keperluan,” katanya.

Tambahnya, harga tiket konsert yang semakin mahal menyebabkan kebanyakan peminat mahu memastikan pengalaman tersebut dirakam sebaik mungkin.

“Nak beli tiket pun dah susah. Bila dah dapat tiket dan dapat pergi konsert, sudah tentu kita nak rakam kenangan sebanyak mungkin.

“Sebab itu saya perlukan telefon yang mempunyai fungsi zum lebih baik walaupun duduk jauh dari pentas,” katanya.

Seorang lagi penyewa, Raisya, 25, berkata penggunaan telefon sewaan juga membolehkan telefon peribadinya terus digunakan untuk urusan harian tanpa perlu memenuhi ruang simpanan de­ngan ribuan gambar dan video konsert.

“Kadang kalau guna telefon sendiri, dengan masalah ruang simpanannya. Adakala tak dapat nak rakam sepuas hati.

“Lebih baik sewa telefon boleh asingkan antara urusan peribadi dengan hiburan. Tak adalah bercampur,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di