Gambar hiasan

Hujan lebat di Kuantan, Pekan pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan amaran hujan ribut petir di Pahang pada pagi ini.

MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, amaran itu dikeluarkan susulan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di sehingga pukul 11 pagi nanti.

“Ribut petir dijangka berlaku di negeri Pahang melibatkan daerah Kuantan dan Pekan.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya.

Katanya, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN