Poster ucapan takziah yang dimuat naik Anwar di Facebooknya.

Anwar ucap takziah kepada Hamzah atas pemergian ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin atas pemergian ibunya, Allahyarham Mariam Kassim.

Anwar berkata, beliau bersama isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail turut mendoakan agar Hamzah diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan insan tersayang itu.

“Salam takziah buat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin atas pemergian ibu tercinta, Allahyarhamah Hajah Mariam Kassim.

“Saya dan Azizah mendoakan saudara Hamzah terus kuat dan tabah menghadapi dugaan ini dan mendoakan yang terbaik buat beliau sekeluarga.

“Semoga roh Allahyarhamah diampunkan segala dosanya serta diberikan tempat yang istimewa oleh-Nya. Al-Fatihah,” katanya menerusi hantaran di media sosial hari ini.

Anwar turut mendoakan yang terbaik buat seluruh keluarga Hamzah dalam menghadapi saat dukacita berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di