Dr. Muhamad Akmal menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO sempena PAU 2026 di WTCKL hari ini. Foto FARIZ RUSADIO / KOSMO!

‘Kekal tak bertanding jika bersama PH, yakin Presiden UMNO orangnya bijak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menegaskan beliau tidak mahu bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang sekiranya UMNO bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata, pendirian itu sudah dinyatakan berulang kali dan tetap dengan keyakinannya bahawa Melaka mampu dipertahankan di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN).

“Kalau kerjasama di Melaka ini dengan PH, saya nak ulang sekali lagi, di pentas keramat ini, sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia, saya sama sekali tidak mahu menjadi calon kalau PH ada di Melaka ini.

“Tapi saya percaya Datuk Seri (Presiden UMNO), bukan orang yang tidak bijak. Datuk Seri penuh kebijaksanaan dan Datuk Seri bukan tak nak tengok Ketua Pemuda UMNO tak bertanding,” katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar Ketua Pemuda UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL), hari ini.

Menurutnya, Melaka bukan sekadar medan menghadapi pilihan raya, sebaliknya menjadi ujian kepada UMNO untuk menterjemahkan kesedaran kepada tindakan, penyatuan kepada dasar dan dasar kepada kekuatan.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkenaan meminta kepimpinan UMNO memastikan Melaka terus “dibirukan” pada PRN akan datang.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di