Saifuddin Nasution ketika meluncurkan AI Digital Human di Putrajaya hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

Polis buka kertas siasatan MB Negeri Sembilan dipaksa tandatangan proklamasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan berhubung dakwaan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim yang dipaksa menandatangani surat cara proklamasi pemecatan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Perkara itu disahkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada sidang akhbar di sini hari ini.

Saifuddin berkata, kertas siasatan berhubung perkara itu sedang dalam tindakan.

“Kertas siasatan dibuka dan masih lagi dalam proses. Kalau ada perkembangan kita akan kongsi,” katanya selepas ditemui pada majlis perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini hari ini.

Pada 9 September lalu, Ismail mendakwa beliau dipaksa menandatangani surat cara proklamasi berkenaan tanpa kerelaannya dan dalam keadaan paksaan.

Susulan itu, beliau turut membuat laporan polis berhubung perkara itu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan pihak berkuasa.

Ismail dilaporkan berkata, kerajaan negeri berpendirian surat cara tersebut tidak memenuhi proses dan tatacara yang diperuntukkan di bawah Perkara 10 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN