SEBUAH kenderaan pacuan empat roda dirakam sedang menarik kabel dan dikejar dua individu dipercayai polis dalam kejadian di bandar Kluang, malam semalam.

Anggota polis cedera motosikal kena libas wayar kabel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLUANG – Kegiatan mencuri kabel di daerah ini kembali menjadi perhatian selepas rakaman video berdurasi 13 saat memaparkan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) dipercayai melarikan kabel tular di media sosial, malam tadi.

Lebih mengejutkan, kejadian itu dipercayai menyebabkan seorang anggota polis cedera ringan selepas motosikal dinaikinya dilibas wayar kabel ketika mengejar kenderaan terbabit.

Rakaman berkenaan memaparkan sebuah trak pikap berwarna merah sedang menarik kabel sebelum dikejar dua anggota polis menaiki motosikal.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Superintenden Nik Mohd Azmi Husin ketika dihubungi mengesahkan pihaknya sedang mengambil tindakan berhubung kejadian itu.

Sementara itu, video tular tersebut mengundang pelbagai reaksi orang ramai yang berharap tindakan tegas diambil bagi membendung kegiatan mencuri kabel yang bukan sahaja menyebabkan kerugian, malah boleh mengancam keselamatan orang awam dan anggota penguat kuasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN