Farah Ezreen menyambung pengajian peringkat ijazah sarjana di University of Leicester, UK.

Dahulu TVETMara Ledang kini University of Leicester

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Graduan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Majlis Amanah Rakyat (Mara) Ledang mencipta pencapaian membanggakan apabila berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat Master of Engineering, Biomedical Engineering di University of Leicester, United Kingdom.

TVETMara dalam satu hantaran di Facebook rasminya berkata, pelajar berkenaan ialah Farah Ezreen Anuar merupakan graduan Diploma Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan (Makmal) dan turut terpilih sebagai salah seorang 30 calon yang menerima pengecualian penuh yuran pengajian daripada universiti tersebut.

“Farah Ezreen telah selamat tiba di United Kingdom dan selesai mendaftar pengajian di University of Leicester. Pencapaian ini pastinya menjadi satu kebanggaan buat beliau, ahli keluarga dan seluruh warga TVETMara Ledang,” kata hantaran tersebut.

TVETMara turut menyifatkan pencapaian Farah Ezreen berjaya membuktikan bahawa graduan institusi itu mampu melangkah jauh dan bersaing di pentas antarabangsa.

“Syabas dan tahniah, Farah Ezreen! Semoga terus melakar kejayaan dan menjadi inspirasi kepada generasi pelajar TVETMara Ledang yang lain,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di