TANGKAP layar menunjukkan penduduk mengambil air mata air yang bertukar ke warna merah. -AGENSI

Air mata air bertukar merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA –  Sebuah kolam mata air di Desa Cibadung, Gunung Sindur wilayah awa Barat menggemparkan penduduk setempat  selepas airnya secara tiba-tiba bertukar warna menjadi merah pekat, lapor laman berita Radar Kaltim.

Rakaman video memaparkan perubahan warna air tersebut dimuat naik oleh akaun Threads @ewidyakartika pada Ahad lalu. 

Malah, ramai penduduk setempat mula berkumpul di lokasi berkenaan untuk berdoa dan memanjatkan rasa syukur.

Dalam kalangan penduduk, muncul desas-desus mengaitkan perubahan warna air tersebut dengan mitos kemunculan batu delima merah  yang dipercayai mempunyai khasiat dalam menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Bagaimanapun sehingga kini,  masih belum ada sebarang kajian saintifik  yang mengesahkan punca sebenar perubahan warna itu mahupun tahap keselamatan air berkenaan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di