RAKAMAN daripada CCTV menunjukkan suspek melarikan motosikal milik penghantar barang. - AGENSI

Motosikal ‘rider’ dicuri ketika hantar barang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang penghantar barang berdepan detik yang tidak dijangka apabila motosikalnya dicuri ketika dia menghantar barang  di kawasan Jalan Raya Plumpang, Jakarta Utara baru-baru ini, lapor saluran berita Radar Kediri.

Kecurian tersebut dirakam oleh televisyen  litar tertutup (CCTV)  di sekitar lokasi. 

Dalam rakaman tersebut, suspek dilihat mengambil motosikal milik penghantar barang yang ditinggalkan seketika untuk menghantar barang.

Tanpa mengambil masa yang lama, suspek melarikan motosikal tersebut. 

Kejadian berlaku begitu pantas sehinggakan mangsa tidak sempat untuk menghalangnya.

Peristiwa tersebut kemudiannya dilaporkan kepada polis untuk tindakan lanjut. 

Rakaman CCTV diharapkan dapat membantu proses penyelidikan dan membongkar identiti suspek. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN