Ab Ghani (enam dari kiri) ditemui ketika Majlis Sambutan 100 Tahun FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya, malam ini. - Foto Muhamad Iqbal Rosli/KOSMO!

Piala ASEAN FIFA: FAM yakin Harimau Malaya ke final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Ab Ghani Hassan memasang impian besar untuk melihat Harimau Malaya mara ke final Piala ASEAN FIFA 2026 yang akan bermula secara rasmi, Jumaat ini.

Ab Ghani mendedahkan sasaran itu telah dijelaskan kepada pasukan yang dibimbing oleh Tan Cheng Hoe yang berlepas ke Jakarta, Indonesia hari ini.

Kata Ab Ghani, tiada apa yang mustahil dalam bola sepak terutama dengan kualiti yang ada pada pasukan ketika ini sekiranya berjaya raih keputusan positif di peringkat Kumpulan A nanti.

“Saya sudah berjumpa dengan pemain termasuk Tan Cheng Hoe. Saya mengingatkan mereka bahawa sasaran saya selaku presiden amat tinggi, iaitu untuk melayakkan ke pertandingan akhir.

“Tidak mustahil untuk dilakukan sebab atas kertas, kita lihat pemain yang mewakili Harimau Malaya adalah pemain yang berkaliber atau pun mempunyai kebolehan. Jadi saya mengharapkan mereka bermain bersungguh-sungguh.

“Saya juga katakan kepada mereka, bukan bermain untuk saya, bukan bermain untuk FAM, tapi bermain untuk negara. Ini yang perlu mereka terapkan.

“Apabila kita bermain untuk negara, hati kita penuh untuk negara, maka tidak mustahil mereka boleh melaksanakannya,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan 100 Tahun FAM di Wisma FAM, sebentar tadi ini.

Skuad Harimau Malaya bakal mengharungi saingan Kumpulan A bersama tuan rumah Indonesia, Singapura dan Bangladesh dengan hanya juara kumpulan mara secara automatik ke final.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN