Gambar yang dikongsikan Syed Saddiq di media sosial ketika mengadakan pertemuan dengan Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah, baru-baru ini yang turut dihadiri Bella Astillah.

[VIDEO] Kalaulah saya tahu ini pertemuan terakhir kita… – Syed Saddiq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Kalaulah saya tahu ini pertemuan terakhir kita…saya pasti berharap dua jam itu dapat berlangsung selamanya.”

Demikian luahan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang terkenang kembali pertemuan terakhirnya bersama Allahyarham Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali, beberapa hari lalu.

Menerusi hantaran di media sosial, Syed Saddiq menyifatkan pertemuan kira-kira dua jam itu sebagai kenangan yang amat bermakna, apatah lagi Allahyarham ketika itu banyak berkongsi cerita, nasihat mengenai perkahwinan, keluarga dan kehidupan.

Menurutnya, tiada apa-apa pada hari berkenaan yang membuatkan beliau menyangka pertemuan tersebut akan menjadi pertemuan terakhir mereka.

“Tiada apa-apa tentang hari itu yang terasa seperti sebuah perpisahan. Tun ketawa bersama kami. Bergurau dengan kami. Berkongsi cerita dan memberikan nasihat tentang perkahwinan, keluarga serta kehidupan.

“Tun seorang yang baik, lucu, mesra dan penuh dengan kebijaksanaan yang hanya lahir daripada perjalanan hidup yang dipenuhi kasih sayang, pengorbanan dan pengalaman,” katanya.

Syed Saddiq berkata, hatinya hancur dan sukar untuk menerima kehilangan Tun Siti Hasmah, namun percaya ia adalah ketentuan Allah.

“Dan hari ini, Tun sudah tiada. Saya benar-benar masih tidak mampu menghadam kenyataan ini. Saya sayangkan Tun, lebih daripada apa yang mampu diungkapkan oleh seluruh alam semesta.

“Hati saya hancur. Sebahagian daripada diri saya masih enggan percaya bahawa Tun sudah tiada di sini. Namun, ini adalah ketentuan Allah. Kita datang daripada-Nya dan kepada-Nya kita kembali.

“Terima kasih, Tun. Terima kasih kerana memberikan Bella Astillah dan saya satu kenangan terakhir yang begitu indah. Terima kasih atas setiap gelak tawa, setiap cerita dan setiap nasihat yang Tun tinggalkan buat kami,” ujarnya.

Lebih menyentuh perasaan, Syed Saddiq turut berkongsi bahawa beliau dan Bella Astillah tidak sempat memenuhi hasrat Allahyarhamah untuk hadir ke majlis perkahwinan mereka.

“Tetapi saya berjanji kepada Tun, nasihat Tun akan tetap hadir bersama kami. Kami akan membawanya ke dalam perkahwinan, rumah tangga dan insya-Allah, sepanjang hayat kami.

“Semoga Allah mengurniakan Tun tempat yang tertinggi di dalam syurga-Nya. Sehingga kita bertemu lagi, Tun. Al-Fatihah,” ucapnya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, Syed Saddiq bersama tunangnya, pelakon dan penyanyi, Bella Astillah sekali lagi bertemu bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dan Tun Siti Hasmah bagi mendapatkan nasihat tentang rumah tangga.

Pertemuan itu berlangsung ketika pasangan popular berkenaan sedang membilang hari melangkah ke gerbang perkahwinan yang dijadualkan berlangsung di Menara Merdeka 118 pada 10 Oktober ini. – KOSMO! ONLINE

@bellaastillah_94Hari ini saya dapat sesuatu yang saya rasa tak mungkin saya boleh dapat di luar sana. Saya dan yb @syedsaddiq bertemu Tun M dan Tun Hasmah. Salah satu perkara yang paling saya ingin tahu… bagaimana sebuah hubungan dan rumah tangga boleh terus kekal utuh selepas lebih 70 tahun bersama, mashaAllah🥹 Kita selalu bercakap tentang jatuh cinta, tentang ‘Dream Wedding’ atau tentang permulaan sebuah kehidupan bersama. Tapi jarang kita bercakap tentang bagaimana untuk terus mencintai orang yang sama apabila tahun demi tahun berlalu. Apabila kita berubah, usia bertambah, kehidupan menguji dan dunia di sekeliling kita tidak lagi sama. Lebih 70 tahun… Bayangkan berapa banyak suka dan duka yang telah dilalui. Berapa banyak sabar, bertolak ansur, memaafkan dan memahami yang diperlukan untuk sampai ke satu tahap di mana, selepas semuanya, orang yang masih berada di sisi kita ialah orang yang sama yang kita pilih sejak dahulu. Kerana akhirnya, mungkin cinta bukan tentang mencari hubungan yang sempurna. Tetapi tentang dua orang yang saling menghormati, tetap memilih untuk bertahan, belajar, memaafkan dan terus memilih satu sama lain. Setiap hari. Terima kasih Tun M dan Tun Hasmah kerana sudi berkongsi sedikit sebanyak tentang perjalanan yang begitu mahal nilainya dengan kami. Ada perkara yang kita boleh belajar daripada buku dan nasihat orang. Dan ada perkara yang hanya boleh kita pelajari daripada dua insan yang sudah membuktikannya dengan sebuah kehidupan🤍

♬ original sound – Syaimaa Salleh

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di