Seorang mekanik (kiri) ditahan reman bagi membantu siasatan kes menyembunyikan kelahiran bayi di Mahkamah Majistret Dungun hari ini.

Kekasih pelajar kolej sorok mayat bayi dalam loker asrama direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Sepasang kekasih ditahan bagi membantu siasatan dakwaan menyembunyikan kelahiran seorang bayi lelaki yang disorok dalam loker asrama sebuah kolej di daerah ini bulan lalu.

Mekanik berusia 24 tahun tersebut diberkas di Jalan Pantai Teluk Lipat, di sini, pada pukul 3 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Nik Ab. Halim Nik Mat berkata, kekasihnya yang merupakan pelajar kolej berusia 19 tahun pula ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun, di sini, pada pukul 6 petang.

“Begitupun, suspek perempuan berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis atas faktor kesihatan ekoran mengalami komplikasi selepas melahirkan bayi. Teman lelakinya yang berasal dari Kuala Terengganu pula direman selama empat hari bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Nik Ab. Halim berkata, siasatan awal mendapati, remaja perempuan itu telah melahirkan bayi lelaki dengan berat 2.6 kilogram di dalam tandas asrama kolej berkenaan pada pukul 5 petang, 9 September lalu.

“Suspek perempuan yang mendakwa tidak menyedari dirinya hamil telah menyimpan mayat bayi tersebut di dalam loker asrama tanpa disedari rakan sebiliknya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di