Pusat pengumpulan barang-barang lusuh yang dipercayai beroperasi sejak setahun lalu di Jalan Kerisi, Taman Indah Jaya, Kluang.

Baru nak lega, datang pula yang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLUANG – Kelegaan penduduk di Taman Matahari Satu dan Jalan Kerisi, Taman Indah jaya di sini tidak bertahan lama apabila premis memproses ayam yang ditutup kini dijadikan tempat pengumpulan barang-barang lusuh pula.

Premis yang terletak 50 meter dari kediaman mereka di dalam kebun kelapa sawit itu dikhuatiri menjejaskan kesihatan dan keselamatan mereka.

Difahamkan, lokasi itu sebelum ini menjadi tempat proses ayam sebelum ia ditutup selepas aduan dibuat dan sekarang dijadikan tempat pe­ngumpulan barang-barang lusuh sejak setahun lalu.

Sharifah, 60, berkata, dia langsung tidak menyedari kewujudan bangunan itu walaupun tinggal di belakang premis.

Katanya, walaupun tidak menghasilkan bau seperti sebelum ini, namun penduduk bimbang jika ia menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes yang menyebabkan demam denggi dan semakin menular di sekitar bandar Kluang.

“Penduduk juga sangsi sama ada ia mempunyai permit atau sebaliknya kerana premis se­perti itu tidak sepatutnya beroperasi berhampiran kediaman penduduk.

“Premis itu juga tidak mempunyai papan tanda seperti premis pengumpulan barang lusuh lain. Saya rayu pihak berwajib menjalankan siasatan dan memberi pencerahan kepada penduduk,” katanya.

Sementara itu, Rosli Mohamad, 40, berkata, sebelum ini tiada sebarang aktiviti dilihat berlaku di dalam kebun kelapa sawit berkenaan.

Ujarnya, penduduk juga tidak dapat makluman pada masa bila barang-barang lusuh berkenaan dibawa masuk ke pusat pengumpulan ini kerana tiada seberang pergerakkan berlaku pada waktu siang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di