✨ Malam Prestij Media Mulia #BangkitSemula ✨ Pada 21 Julai 2025, kami telah meraikan ulang tahun ke-5 Media Mulia Sdn Bhd – satu pencapaian penuh makna buat seluruh warga syarikat. Majlis istimewa ini turut diraikan dengan kehadiran YB Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani, Menteri Perladangan dan Komoditi Malaysia, bersama Encik Mohamad Azlan Jaafar, Pengarah Urusan / Pengarang Kumpulan Media Mulia, barisan kepimpinan kanan termasuk Ketua Pegawai Kewangan, Pengarang Utusan Malaysia / Mingguan Malaysia, serta Pengarang Kosmo! / Kosmo! Ahad. Turut memeriahkan majlis ialah seluruh warga Media Mulia yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan kami, serta persembahan istimewa daripada beberapa artis tanah air yang menceriakan suasana. Dengan tema #BangkitSemula, sambutan ulang tahun ke-5 ini menjadi simbol ketabahan, inovasi dan usaha berterusan untuk memberikan kandungan terbaik kepada pembaca, penonton dan pendengar kami. Terima kasih kepada semua warga Media Mulia, rakan kongsi, penaja dan pelanggan yang terus menyokong kami. Perjalanan ini tidak akan bermakna tanpa anda. Mari kita terus melangkah lebih jauh, mencipta kejayaan baharu dan membina legasi media yang lebih berimpak. #MediaMulia #5TahunMediaMulia #BangkitSemula #StrongerTogether #Anniversary #MalamPrestijMediaMulia #MM5Tahun