Kuala Lumpur mahu suara sendiri
Iklan
Nik Nazmi sewaktu ditemu bual wartawan Sinar Harian, Farah Shazwani Ali di Parlimen, Kuala Lumpur baru-baru ini. Foto: Sinar Harian/ROSLI TALIB
PILIHAN raya Datuk Bandar Kuala Lumpur kembali menjadi sorotan apabila kajian kebolehlaksanaan sedang dijalankan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) seperti diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh.
Berbeza dengan negeri lain yang mempunyai dua undi — Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen — warga Kuala Lumpur hanya memiliki satu undi Parlimen. Pada masa sama, Datuk Bandar dilantik kerajaan Persekutuan untuk mengurus belanjawan hampir RM3 bilion setahun tanpa mekanisme semak imbang setara DUN.