Budak 14 tahun curi bas, pandu 200 kilometer ke Sweden

Iklan
Seorang budak lelaki berusia 14 tahun mencuri sebuah bas milik syarikat pengangkutan awam Norway dan memandunya sejauh 200 kilometer ke Sweden. Gambar hiasan

COPENHAGEN - Seorang budak lelaki berusia 14 tahun mencuri sebuah bas milik syarikat pengangkutan awam Norway dan memandunya sejauh 200 kilometer ke Sweden, kata polis Norway pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Syarikat berkenaan memaklumkan pihak polis pada awal pagi Selasa selepas menyedari kecurian itu dan mengesan kedudukan kenderaan berkenaan di negara jiran menggunakan teknologi satelit.

Iklan
Iklan

Polis Sweden menahan remaja itu berhampiran bandar Gothenburg di barat daya Sweden.

Pegawai kebajikan belia Norway sedang dalam perjalanan untuk mengambil alih hak penjagaan terhadapnya.

Iklan

Motif kemungkinan tindakan remaja itu pada mulanya tidak jelas.

Pegawai penyiasat Rune Isaksen memberitahu penyiar awam Norway NRK bahawa remaja itu telah melakukan perjalanan tersebut sendirian selepas mencuri bas berkenaan di Vestby, kira-kira 40 kilometer di selatan Oslo.

Iklan

Dalam kes serupa yang berlaku baru-baru ini di Jerman, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun mencuri sebuah bas untuk menghantar teman wanitanya ke sekolah yang terletak kira-kira 130 kilometer jauhnya. - Bernama-dpa