SHAH ALAM - Penyanyi popular, Datuk Nashrudin Elias atau lebih dikenali dengan nama komersial, Nash, 67, menjalani pembedahan petang tadi susulan mengalami serangan jantung.
Perkara itu dikongsikan Timbalan Presiden Music Malaysia yang juga Presiden IRAMA Entertainment Komuniti Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA), Ayob Abdul Majid menerusi laman Facebook pada Isnin.