Bekalan sayur berisiko susut 50 peratus
Iklan
Pengusaha ladang terpaksa bekerja keras mengimbangi kos operasi yang semakin tidak munasabah susulan peningkatan mendadak kos baja fertigasi dan racun. Gambar kecil; Syed Abd Rahman
KUANTAN – Pengeluaran sayur-sayuran negara dijangka merosot sehingga 50 peratus sekiranya kenaikan kos input pertanian tidak ditangani segera.
Pengerusi Persatuan Pekebun-Pekebun Sayur Melayu Cameron Highlands (PPPMCH), Datuk Syed Abd Rahman Syed Abd Rashid berkata, keadaan itu susulan peningkatan mendadak kos baja fertigasi dan racun yang melonjak antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh sebulan sahaja.