Apa manfaat tarik sokongan

Iklan
Laporan Sinar Harian mengenai 14 ADUN BN mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik balik sokongan kepada Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar.

POLITIK negara bergolak lagi. Kali ini Negeri Sembilan pula diuji apabila 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Barisan Nasional (BN) mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik balik sokongan kepada Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar.

Keadaan itu menjadikan komposisi DUN kini terdiri daripada 17 kerusi milik Pakatan Harapan manakala lima lagi adalah daripada Perikatan Nasional (PN).

Iklan
Iklan

Sejak 2020 selepas penjajaran semula kerajaan persekutuan, kemudian diikuti perubahan pentadbiran kerajaan negeri Melaka pada 2023, boleh dikatakan suhu politik negara kekal stabil sehinggalah pengumuman oleh Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias pada Isnin lalu.

Ramai mempersoalkan kewajaran tindakan itu, yang dibuat di tengah-tengah kemelut membabitkan istana yang menambah 'lara' rakyat khususnya di negeri itu.

Iklan

Tidak ada angin, tidak ada ribut struktur kerajaan negeri bergoyang ketika tumpuan terarah kepada bagaimana pengakhiran kemelut pengisytiharan menurunkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Balai Undang Luak Sungei Ujong baru-baru ini.

Apa yang pasti, sebaiknya pentadbiran kerajaan negeri diteruskan seperti biasa kerana banyak isu sosioekonomi rakyat perlu diberikan perhatian ketika ekonomi tidak menentu selepas krisis di Asia Barat.

Iklan

Tambahan pula, rekod UMNO dilihat semakin mantap dengan inisiatif Rumah Bangsa oleh Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memberi harapan kepada rakyat untuk melihat kestabilan politik dalam negara.

Sudah tentu, episod berantakan ini akan memberi kesan kepada rakyat yang sudah muak dengan perangai orang politik yang 'tak habis-habis buat hal'.

Dalam kancah yang berlaku ini, rakyat tidak ada untung dan manfaat pun, malah kehidupan berjalan seperti biasa dengan kesan ekonomi meruncing di sebalik krisis dunia.

Sudahnya, perjuangan untuk membela nasib pengundi seperti yang dilaungkan sewaktu penubuhan kerajaan negeri sebelum ini entah ke mana dan nampaknya seperti ada pihak yang mengambil kesempatan di atas ketidaktentuan kemelut istana untuk kepentingan sendiri.