WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata pada Rabu rundingan dengan Iran kini diteruskan melalui telefon, lapor Anadolu Ajansi.
"Kami sedang berbincang dengan mereka sekarang, dan kami tidak lagi terbang dengan penerbangan 18 jam setiap kali kami mahu melihat sekeping kertas. Kami melakukannya secara telefon," kata Trump kepada pemberita di Rumah Putih.