Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang hargai jasa, pengorbanan para pekerja

Iklan
Titah Baginda melalui hantaran yang dikongsi melalui Facebook Kesultanan Pahang pada Jumaat.

KUANTAN- Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan penghargaan dan terima kasih atas jasa, pengorbanan serta komitmen yang dicurahkan para pekerja dalam memacu pembangunan negeri demi kesejahteraan rakyat.

Baginda berdua bertitah, peranan dan dedikasi setiap lapisan tenaga kerja amat penting dalam memastikan kemajuan berterusan serta kestabilan ekonomi negeri dan negara.

Iklan
Iklan

Justeru, Baginda berdua berharap agar seluruh warga pekerja terus berusaha dengan penuh integriti, amanah dan semangat kebersamaan dalam menghadapi cabaran masa hadapan.

"Semoga semua pekerja sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta terus mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing demi kemakmuran bersama," titah Baginda melalui hantaran yang dikongsi melalui Facebook Kesultanan Pahang pada Jumaat.

Iklan

Melalui hantaran itu, Baginda berdua menzahirkan ucapan Selamat Hari Pekerja 2026 kepada seluruh rakyat Negeri Pahang.

Sementara itu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail turut berkongsi ucapan 'Selamat Menyambut Hari Pekerja 2026'.

Iklan

Melalui hantaran di Faceboooknya, Wan Rosdy berterima kasih kepada seluruh warga Malaysia yang bekerja dengan penuh dedikasi, berdisiplin, bersemangat dan ikhlas dalam menjalankan amanah.

"Sesungguhnya setiap kejayaan, kemajuan dan pembangunan yang kita kecapi hari ini lahir daripada usaha, pengorbanan serta komitmen kita semua dalam pelbagai sektor.

"Semoga segala usaha dan penat lelah yang dicurahkan diberkati serta terus menjadi pemangkin kepada pembangunan yang mampan dan kesejahteraan bersama," ujarnya.