KOTA BHARU - Dua remaja lelaki berusia 19 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh seorang penuntut kolej wanita yang ditemukan tragis dengan 61 tikaman di Kampung Kubang Getah, Ketereh di sini pada Jumaat.
Kedua-dua suspek ditahan di sekitar Ketereh pada Jumaat malam.
Mereka dijangka akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada Sabtu bagi mendapatkan perintah tahanan reman.
Sebelum ini, akhbar melaporkan mayat Nurfisya Zulkifly ditemukan terbaring atas jalan di kawasan sawah kampung berkenaan.
Mangsa juga penuntut semesta ketiga sebuah kolej di sini itu dipercayai dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya ditinggalkan di kawasan tersebut.
Pihak keluarga mangsa dari kampung halaman di Kuala Kangsar, Perak tiba di Bilik Mayat Hospital Raja Perempuan Zainab II pada jam 8 malam, Jumaat selepas dihubungi pihak polis berhubung penemuan mayat pada jam 12.30 tengah malam terbabit.