Beban e-Invois diringankan
Iklan
Pengecualian pelaksanaan e-Invois kepada kira-kira 1.1 juta syarikat susulan kenaikan ambang jualan tahunan daripada RM1 juta kepada RM3 juta memberi ruang kepada PMKS untuk lebih menumpukan kepada pembangunan perniagaan.
SHAH ALAM – Pengecualian pelaksanaan e-Invois kepada kira-kira 1.1 juta syarikat susulan kenaikan ambang jualan tahunan daripada RM1 juta kepada RM3 juta memberi ruang kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) untuk lebih menumpukan kepada pembangunan perniagaan.
Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Norsyahrin Hamidon berkata, langkah itu dapat mengurangkan beban PMKS yang sebelum ini perlu menanggung kos pematuhan termasuk penyediaan sistem teknologi dan tenaga kerja khusus.