Gadis 16 tahun diperkosa dalam bas bergerak sejauh 47km

Iklan
Salah seorang suspek yang merogol gadis 16 tahun dalam sebuah bas sedang bergerak. Foto: Agensi

NOIDA - Seorang gadis berusia 16 tahun berdepan detik hitam selepas dia 'ditumpangkan' sebuah bas ketika hujan lebat.

Mangsa dari Uttar Pradesh, India diperkosa oleh pemandu dan konduktor dalam bas yang sedang bergerak sejauh 47 kilometer pada awal Ogos lalu.

Iklan
Iklan

Pihak berkuasa pada Isnin mengesahkan kedua-dua pelaku telah diberkas dan bas turut dirampas untuk pemeriksaan forensik.

"Salah seorang suspek berusia 29 tahun tidak mempunyai rekod jenayah lampau," kata jurucakap polis, Niharika Bhatt.

Iklan

Menurut sumber polis, seorang pelajar Kelas 11 dan penduduk daerah Mainpuri meninggalkan rumah tanpa memaklumkan keluarganya dan sedang dalam perjalanan untuk melawat sepupunya di Noida.

"Dia menahan bas tersebut dan mereka menawarkan untuk membawanya ke destinasi. Sejurus bas mula bergerak, konduktor itu mula membuat isyarat lucah terhadapnya. Mereka bertindak merogolnya dan mengugut untuk membunuhnya jika dia melawan," jelas pihak berkuasa lagi.

Iklan

Mangsa diturunkan pada lewat malam sebelum kedua-dua pelaku melarikan diri. Gadis itu kemudiannya melaporkan kejadian itu kepada polis.

Difahamkan, bas itu mengalami kerosakan dan dibawa ke bengkel di kawasan Surajpur, Greater Noida untuk dibaiki sebelum bertembung dengan mangsa di Pari Chowk.

Bas itu turut ditutup dengan langsir hingga menyebabkan orang di luar tidak dapat melihat bahagian dalam semasa kejadian tersebut.

Sementara itu, Kongres mengecam parti pemerintah pimpinan Parti Bharatiya Janata (BJP) di Uttar Pradesh dan Delhi susulan insiden itu yang disifatkan sebagai sekali lagi 'menggegarkan negara'.

“Kejadian itu berlaku sepanjang hampir 50 kilometer dalam bas yang sedang bergerak, namun polis dari kedua-dua negeri gagal mengambil tindakan. Tiada rondaan dan tiada juga pemeriksaan,” menurut parti pembangkang itu menerusi catatan di platform X. - Agensi