Amirudin, Azmin bergurau senda dalam Threads

Iklan
Amiruddin, Azmin

SHAH ALAM - Satu hantaran santai Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di media sosial mencuri perhatian apabila mengundang komen berseloroh daripada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Amirudin menerusi platform Threads terlebih dahulu memuat naik gambarnya dengan kapsyen yang secara berseloroh menyentuh mengenai penampilannya yang dikatakan seakan-akan Korea.

Iklan
Iklan

“Sekali imbas macam ada darah Korea pula muka saya. Di dalam hati terdetik, lalu tersenyum,” tulisnya.

Amiruddin, Azmin bergurau senda dalam Threads

Iklan

Hantaran berkenaan kemudian mendapat respons ringkas daripada Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang turut memilih nada bersahaja dan mencuit hati.

“Korea Utara kot,” balas Mohamed Azmin.

Iklan

Komen ringkas itu segera menjadi perhatian pengguna media sosial, khususnya kerana kedua-dua tokoh berkenaan pernah menerajui pentadbiran negeri.

Terdahulu, Mohamed Azmin sebelum ini menyifatkan Amirudin sebagai 'adinda' ketika menyampaikan perbahasan pada Persidangan Dewan Negeri Selangor, baru-baru ini.