JAKARTA - Polis Indonesia menamakan empat individu sebagai suspek berhubung insiden feri KM Virgo Transport 8 yang terbalik sebelum karam di Laut Jawa pada 13 September, menurut polis Kalimantan Selatan pada Jumaat, lapor Xinhua.
Pegawai polis tempatan, Sigit Haryono berkata, empat suspek itu ialah kapten kapal, seorang pegawai daripada syarikat perkapalan dan logistik PT Virgo Karya Shipping, pengurus cawangan syarikat serta pengurus operasinya.