AS mahu perkukuh hubungan dengan Malaysia - Rubio

Marco Rubio. Foto: Agensi
Marco Rubio. Foto: Agensi
A
A
A

KUALA LUMPUR -  Amerika Syarikat (AS), sebagai antara pelabur dan rakan dagang utama Malaysia, berharap dapat terus memperkukuh hubungan dengan negara ini pada tahun-tahun akan datang, kata Setiausaha Negara AS, Marco Rubio.

Dalam perutusan sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos, Rubio berkata, AS dan Malaysia berkongsi hubungan yang erat dan berkekalan, berteraskan hubungan ekonomi yang kukuh, ikatan antara rakyat serta komitmen bersama terhadap kebebasan pelayaran di Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka.

"Bagi pihak Amerika Syarikat, saya menyampaikan ucapan tahniah dan mesra kepada rakyat Malaysia sempena ulang tahun ke-69 kemerdekaan Malaysia,” kata beliau dalam perutusan yang dimuat naik di laman media sosial Kedutaan AS di Kuala Lumpur pada Selasa.

"Pada kesempatan istimewa ini, saya mendoakan agar seluruh rakyat Malaysia terus menikmati keamanan dan kemakmuran,” kata Rubio. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Article Details