CHINA 3 MALAYSIA 0
Juara bertahan, China, menghantar Malaysia pulang dengan kemenangan 3-0 untuk mengorak langkah ke separuh akhir Piala Thomas, sebentar tadi.
Advertisement
Kempen skuad lelaki negara di Horsens, Denmark, berakhir dengan China mempamerkan penguasaan menyeluruh sebaik aksi bermula.
Hanya perseorangan pertama kebangsaan, Leong Jun Hao, sempat mengheret permainan ke set ketiga, sementara dua lagi wakil negara, Aaron Chia-Soh Woi Yik (beregu), serta Justin Hoh (perseorangan kedua) tumbang secara straight set.
"Selepas set pertama, saya hanya fikir dapatkan mata dan paksa dia buat kesilapan dalam set seterusnya.
"Walaupun sedar pihak lawan menghadapi masalah kesihatan, tapi saya hanya fokus untuk dapatkan mata.
"Kesempatan (mencuri) satu set dalam pertemuan ini memberikan saya satu keyakinan atas apa yang pernah berlaku, dan ini merupakan persembahan terbaik saya dalam kempen ini, " katanya.
Sementara itu, Aaron merumuskan kegagalan menggenggam set pertama menyukarkan kebangkitan mereka yang mendorong kepada kekalahan 22-24, 14-21.
"Set pertama agak getir sebelum pihak lawan menguasai set kedua.
"Kami tidak berasa tertekan, lagipun kami datang pun sebagai underdog dan mahu berikan saingan kepada setiap negara yang dihadapi," katanya selepas perlawanan.