Ikan pari manta gergasi muncul di perairan bandar raya

SEEKOR ikan pari muncul di perairan Bandar Raya New York. - NYSDEC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Kemunculan seekor ikan pari manta bersaiz gergasi yang sedang mencari makan di pesisir pantai Long Island dirakam dalam satu kejadian yang jarang berlaku di perairan New York.

Menerusi video yang dikongsi oleh Jabatan Pemuliharaan Alam Sekitar Bandar Raya New York NYC (NYSDEC), spesies marin berukuran besar itu dilihat berenang di kawasan perairan berhampiran Taman Negeri Jones Beach.

Menurut NYSDEC, walaupun habitat asal pari manta tertumpu di perairan tropika, subtropika dan bersuhu sederhana, spesies ini sekali-sekala akan berenang ke kawasan perairan New York sepanjang musim panas.

Pihak NYSDEC menjelaskan bahawa pari manta merupakan pemakan penapis yang biasanya memakan zooplankton dalam kuantiti besar berhampiran pesisir pantai. 

Namun, spesies ini juga mampu menyelam ke kawasan laut yang lebih dalam untuk mencari ikan bersaiz sederhana.

Spesies marin yang mengagumkan ini mampu hidup sehingga 40 tahun dan membesar sehingga beratnya melebihi 1,800 kilogram.

Ia merupakan spesies ikan pari terbesar di dunia dan boleh mencapai saiz yang sangat besar.

Walaupun saiznya sangat besar, ikan pari ini tidak dianggap mengancam manusia.

Bagaimanapun, pihak berkuasa tempatan tidak menyatakan secara terperinci saiz sebenar pari manta yang kelihatan dalam rakaman tersebut mahupun tarikh tepat ia mula dikesan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN